copywriting kepada dormant market atau aktif market

ini cerita tentang mesej.

kita boleh tulis copy untuk dua jenis audien. pertama adalah market yang tidur. yang tak sedar lagi tentang kewujudan kita dan tak sedar masalah yang dia hadapi.

ada banyak istilah (terms) yang diguna pakai. awareness.

kedua adalah market yang aktif. market ni adalah kategori orang yang sedang mencari solution kepada masalah-masalah dia.

bila masa copywriting untuk dormant ni perlu buat?

Masa paling sesuai nak target market ni ialah bila kita nak bina kesedaran tentang produk atau servis kita. Sebab market ni tak sedar pun mereka ada masalah, apatah lagi nak tahu yang kita ada solusi untuk masalah tu. Jadi, copywriting untuk mereka ni kena educate dulu. Kena bagi tahu, “eh, sebenarnya korang ada masalah ni, dan ini cara untuk selesaikannya.”

Contoh mudah: Bayangkan kita jual produk suplemen kesihatan. Ada orang mungkin tak sedar yang mereka ada masalah kekurangan nutrisi. Jadi, copy kita kena mula dengan bangkitkan kesedaran. Cakap pasal tanda-tanda kekurangan nutrisi, kesan jangka panjang, dan kenapa penting jaga kesihatan dari sekarang. Bila mereka mula rasa, “oh, ini masalah aku rupanya,” barulah kita boleh masuk bab solusi, iaitu produk kita.

Copywriting untuk market yang tidur ni banyak main dengan emosi dan kesedaran. Kena buka mata mereka dulu, dan masa tu lah kita kena guna ayat-ayat yang halus tapi power, buat mereka terfikir dan rasa macam, “eh, aku perlukan benda ni.”

Market yang tidur ni tak boleh terus jual direct. Kalau terus jual, mereka akan blur. Sebab tu copywriting kena berfungsi macam ‘wake-up call’ – ingatkan, educate, dan tunjuk cara nak atasi masalah.

Bila dah sedarkan, baru kita boleh move ke tahap seterusnya – iaitu tawarkan solusi dengan cara yang bijak dan berkesan.

Review Your Cart
0
Add Coupon Code
Subtotal