macamana nak tahu copywriting kita berkesan atau tak?
dulu saya juga tertanya-tanya soalan ni. sebab saya nak benda mudah.
lama kelamaan, saya sedar dan lebih yakin bahawa..
saya tak akan tahu copywriting tu berkesan atau tak selagi mana tak cuba, tak publish dan tak dapat feedback atau data yang perlu.
bayangkan macam ni, ada masa kita rasa kita dah tulis copywriting terbaik setakat hidup ni.
kononnya setelah banyak membaca, mencari teknik dan formula hebat dan kita pun guna semua tu.
tapi selepas jalan copywriting iklan tu, kita tak dapat pun result yang kita dambakan. kos iklan jadi mahal dan tak bawa masuk lead atau buyer.
ni situasi pertama. satu lagiā¦
ada waktu kita main bedal je tulis ikut suka hati, kita pun rasa macam “bolehlah copywriting ni”.
jadi kita publish dan run iklan. tak sewenang-wenangnya iklan tu yang bagi hasil lebih banyak.
inilah yang selalu terjadi.
tapi adakah kita kena main ikut suka hati je tulis copywriting?
jawapannya tak juga begitu.
mestilah ada juga elemen penting perlu kita patuhi. Dalam kita buat copywriting yang berkesan supaya kita boleh naikkan konsistensi hasil yang bagus.
kuncinya dekat sini ada jumlah kuantiti copywriting iklan yang kita tulis dan publish.
untuk capai kualiti copywriting, kena ada kuantiti. kuantiti tu adalah proses untuk kita jadi berkualiti.